As-Salam,
1. Tak tidur lagi? Ni mesti nak berguling ni? Kalau nak berguling pun tidur la dulu sebab berguling pun perlukan tenaga. Kalau tak ada tenaga nanti susah nak berguling tau. Nak gelak? Tak lawak langsung nak gelak buat apa sebab mana ada lawaknya kalau nak bagitau turunkan harga barang diputar-putar jadi guling sana guling sini. Yang buat hal tangkap sajalah.. CCTV kan ada? Tak cukup pinjam kamera AES tu sekejap bantu nak tangkap individu yang nak gulingkan kerajaan dan letak bom sana sini. Ingat Pakistan, Afghanistan dan go ahead gostan ka nak letup-letup?
2. Kalau setakat nak guling pakai banner, flyers jangan la harap nak guling-guling ni buat malu saja. Dari nak guling kerajaan terguling kena bedal dengan cota dan pongkis. Buat lawak biar orang gelak sebab lawak bukan orang gelak sebab tak lawak. Cukup-cukup la buat lawak bodoh nak guling kerajaan dengan banner dan flyers. Banyak benda lain yang lebih menggelikan hati kami.
3. Apa? bukan hangpa yang nak guling? Habis tu siapa kalau bukan hangpa? Kan hangpa yang nak himpun ramai-ramai? Ohhh!! nak himpun tapi bukan nak guling sana sini? Ohhh!! macam tu betoi jugak dari berguling kat Dataran Merdeka baik berguling kat depan TV di rumah pakai kain pelikat makan kuaci dengan kopi 'o' santai dan tak payah kena balon.
4. Berhimpun ramai-ramai bantah harga barang dan perkhidmatan naik tu depa dengar ka? Depa akan turunkan? Tak turun? Kalau tak turun buat apa berhimpun? Ohhh!! sebab tak ada saluran? Kan depa kata kalau nak buat apa-apa pun ikut saluran yang betoi? Macam tu pi buat repot di balai polis la cakap tak puas hati harga barang naik. Depa kata gila? Dah cakap ikut saluran nak bagitau kat sapa? KPDNKK? Ohhh Tok Hasan Malek kata beres! Tak membebankan sebab tak ada rakyat yang buat repot? Yang itu memang lawak.. Pandai Tok Hasan buat lawak kan?
5. Kalau macam tu hangpa pi buat bantahan di negara lain la sebab ada Ketua Wanita UMNO Bahagian kata kalau tak puas hati pi duduk negara lain. Kan tempat ni dia yang control? Ok la jom kita buat perhimpunan membaca buku lepas tu menulis di stadium senang tak ada yang pi buat repot polis. Kita panggil ramai-ramai pengusaha kedai buku buat jualan untuk tarik ramai pembaca. Bila dah banyak yang membaca mudah-mudahan akan lahir generasi yang cerdik dan menjawab soalan di parlimen dan kepada rakyat dengan cara yang lebih matang.
Sekian... hehe
~: sani :~
Sunday, 29 December 2013
Baik dan Jahat
As-Salam,
1. Dalam
kehidupan ini ada manusia yang baik dan ada yang jahat. Tidak ada ertikata ‘baik
pun tidak jahat pun tidak’. Apabila manusia lakukan kebaikan maka baik lah dia
dan begitu jugalah sebaliknya. Oleh kerana itulah juga cuma ada dosa dan pahala
tiada ‘dopa = dosa + pahala dan syurga serta neraka tidak ada ‘syurne = surga +
neraka. Pilihan di tangan kita maka pilihlah menggunakan akal yang
dianugerahkan Allah swt sepertimana huraian saya dalam artikel ditulis semalam berjudul
‘Minda Merempat’ dalam blog saya ‘Berguru Pada Alam’ ( http://mahagurualam.blogspot.com/2013/12/minda-merempat.html ).
2. Ada manusia
jahat yang berbuat baik dan ada yang baik berbuat jahat. Baik dari pandangan
manusia itu sesuatu yang subjektif. Baik bagi kelompok sendiri akan jahat pula di seberang sana. Namun, baik atau jahat yang sebenar-benarnya
adalah yang dinilai oleh Maha Pencipta. Bagi yang hanya kepingin manusia
melihat baik, maka manusia dipertuhankan sehingga mulut mengucap kalimah
shahadah tetapi tingkah-laku dan perbuatan bertasbih dan bertahmid kepada
manusia. Syirik tanpa sedar atau sedar tanpa kepedulian dilakukan hanya kerana
ingin manusia melihat baik untuk mendapatkan habuan yang tidak seberapa di sisi
Allah tetapi amat besar kepada mereka.
3. Sulastomo
dalam bukunya dengan judul ‘Percakapan dengan Wong Cilik’ merupakan kompilasi
artikel-artikel nya yang diterbitkan dalam Harian Umum Pelita di Indonesia
berkata “Pekerjaan dokter adalah baik. Berdagang juga baik. Tetapi kombinasi
kedua tidak baik”. Maksud berdagang di sini tidaklah aku fahami bahawa semuanya
percuma. Pastinya keuntungan dicari untuk kelangsungan hidup Sang Doktor tetapi
tidak keterlaluan sehingga mencekik pesakit yang sedia menunggu detik kematian.
Etika kedoktoran sudah jauh dicampak yang dirasakan aku sebagai apa yang
dimaksudkan Sulastomo ‘kombinasi keduanya tidak baik’. Ini jugalah yang berlaku sekarang apabila
semuanya didagangkan sehingga yang menjadi ‘tanggungjawab sosial dan
tanggungjawab moral sudah mereput. Oleh itu, apa lagi yang menjadi
tanggungjawab pemerintah selain dijulang dan mengaut penghormatan dan habuan?
4. Apapun yang
berlaku, seperti disebut pada awal penulisan saya bahawa tidak baik atau jahat
pada kita akan menjadi baik kepada juak-juak dan penyokong di seberang sana.
Yang jahat adalah yang menentang kemahuan dan pemikiran mereka walau seburuk
mana sekalipun tindakan tersebut. Firaun yang teramat jahat, Abu Jahal dan Abu
Lahab yang terkenal jahatnya juga mempunyai penyokong dan pendokong tegar. Jadi
apalah yang menghairankan jika sekarang juga yang melakukan kejahatan mendapat
dokongan para penjilat dan barisan Al-Kipasi Wal-Bodeki yang menjadikan
‘bodekisme’ sebagai rukun hidup mereka.
5. Hidup hanya
sementara dan sejarah adalah kitaran hidup yang sentiasa mengulangi sejarah
yang dipahat. Dulu juga manusia-manusia baik dan jahat mati dan pastinya nanti
manusia-manusia baik dan jahat yang ada sekarang juga akan mati. Biarlah
kematian itu membawa mereka ke kandang pesalah untuk menyatakan kesaksian
terhadap benar atau salah di hadapan Hakim Segala hakim. Jangan hairan, gusar dan bimbang apabila
dihidupkan di mukabumi ini untuk berdepan dengan manusia baik dan jahat. Semuanya adalah sesuatu yang normal dan tidak
normal jika hanya wujud semua manusia baik atau semua manusia jahat. Biarkan ia
mengalunkan irama dangdut Iwan ‘Yang sedang-sedang saja’. Kalau kamu takut orang akan tahu perbuatanmu
yang jelek, maka ada sesuatu yang baik di dalam yang jahat. sebaliknya, kalau
kamu ingin orang mengetahui bila kamu berbuat baik, maka ada sesuatu yang buruk
di dalam yang baik.
Wallahualam
~: sani :~
Saturday, 28 December 2013
Minda Merempat
As-Salam
1. Malam tadi sebelum tidur, aku sempat membaca sebuah buku dengan judul ‘Makna Akal – Mengubah minda Melayu’ yang disusun dan ditulis semula oleh Prof. Rahman Shaari dan idea asalnya oleh Mokhtar Jamil. Di dalam bab 2 di bawah tajuk ‘Kehidupan Orang Berakal’, perenggan keduanya benar-benar merenggut aliran berfikir yang sedang deras meluncur. Katanya, “Perkataan 'berakal' juga boleh difahami sebagai aktif berfikir. Seseorang yang memiliki akal yang cukup, tetapi tidak menggunakan akal itu dengan sebaik-baiknya, adalah tidak tergolong. Dalam keadaan demikian, dia dikatakan 'mempunyai akal' tetapi 'tidak berakal'. Makna ini dapat dianalogikan dengan orang yang mempunyai baju tetapi tidak ‘berbaju’. Memang ada orang yang tidak berbaju ketika berehat di halaman rumah, biarpun dia memliki sejumlah baju yang mahal.” Begitu jugalah dengan mereka yang mempunyai banyak akal tetapi tidak menggunakan akalnya dan tidak juga ada manusia yang tidak dianugerahkan akal oleh PenciptaNya.
2. Mengimbas apa yang dinukilkan oleh penulis, aku menemui pembuktian kata-katanya yang tidak sedikit manusia-manusia jenis ini berkeliaran di sekeliling kita. Spesis sedemikian rupa sesungguhnya begitu banyak jumlahnya sehingga jika difikir lebih jauh agak menggerunkan dan mengatasi musibah banjir dan malapetaka yang lain. Manusia yang tidak berakal ini bahayanya melampaui kemampuan kita berfikir. Mereka mampu melakukan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal yang waras. Mereka paling tidak mempunyai sedikit akal tetapi tetaplah tidak menggunakan akal. Samada secara sengaja atau sebaliknya hanya Allah yang maha mengetahui tetapi akibatnya sudah pastilah tidak membawa manfaat kepada kebanyakan di kalangan kita.
3. Golongan ini sekali pandang mungkin kelihatan normal kerana secara lahiriah kelihatan normal dan mungkin kemas bergaya. Tetapi mindanya sudah terjejas akibat ‘brain damage’ yang menjadi pilihan mereka sendiri. Aku berpandangan mereka sebagai manusia-manusia yang dijangkiti virus ‘minda merempat’. Dari segi jasadnya acap-kali mereka tidak menampakkan diri sebagai manusia merempat, namun minda mereka sudah korup dan merempat. Minda merempat bahayanya jauh lebih besar daripada jasad merempat. Jika jasad merempat, kemungkinan ianya berpunca daripada keteguhan seseorang memeluk prinsip yang dipegangnya selama ini. Mungkin dia lebih rela merempat dan mengemis daripada maruahnya tergadai hatta kepada anak-anak dan keluarganya sendiri yang gila harta, ataupun oleh majikan dan ketuanya yang gila kuasa. Ada juga yang sanggup merempat kerana enggan tunduk kepada pemimpin yang zalim lagi jahil. Tetapi jika minda yang merempat, jasad mungkin bersalut emas serta berlian yang diboloti hasil perempatan minda dengan mengemis belas ihsan tuan atau gembalanya. Natijahnya, mereka terpaksa mengemis ke sana-sini untuk meraih simpati gembala-gembala yang menanti gembalaan yang menyerah diri untuk digembala. Mereka sanggup menjual maruah demi kelangsungan hidup yang tempohnya terlalu singkat untuk dilelong.
4. Walaupun Che Guevara itu pengkagum falsafah Komunis terutama aliran Marxist.dan juga Sosialis serta terlibat dengan gerakan berhaluan kiri, dari sudut prinsip, aku lebih rela bergayut pada kata-katanya "lebih baik mati berdiri dari hidup melutut". Tiada gunanya hidup senget dengan pangkat dan darjah kebesaran jika nilai kemanusiaan dan harga diri sudah digadai. Hidup sudah tidak bermakna jika jiwa sudah ditambat oleh gembala dan diperkosa oleh barisan jin dan iblis. Manusia yang sudah menghidap penyakit ‘minda merempat’ pantang melihat makhluk yang difikirnya "Muko supo montori", maka mereka akan 'celapak' mencium tangan tanpa rasa jemu, tanpa mengira tempat dan masa. Jika dicium tangan gembala atau yang dianggap ‘ muko supo montori’ itu selepas keluar dari bilik air untuk mengambil air sembahyang boleh juga diterima, tetapi amat malang jika baru sudah membatalkan air sembahyang di dalam tandas.
5. Minda merempat tidak mengenal malu kerana kamus ‘kemaluan’ sudah dikunyah dan dihadam oleh ‘balaci-balaci’ yang seangkatan dengan diri mereka. Golongan ini juga tidak mengenal erti ‘rasa bersalah’ kerana dalam fikiran mereka yang bersalah hanyalah mereka yang tidak senada dengan kehendak mereka dan tuan-tuan mereka. Spesis ini juga tidak ada sekelumit rasa kasihan kepada orang lain walaupun tersiksa angkara perbuatan dan tindak-tanduk ‘busuk’ yang diamalkan selama ini. Oleh itu, selagi minda masih merempat, tidak banyak yang boleh diharapkan oleh rakyat kepada mereka. Yang ada senjata rakyat di kalangan orang mukmin adalah, DOA’. Doa mereka yang dizalimi tiadalah hijab dengan Maha Pencipta dan itu adalah janji Allah swt. Janji itu bukanlah olok-olok ataupun ‘manifesto’ yang mudah diperlekeh dan dipermainkan. Karma akan mencari setiap dari manusia-manusia yang mindanya merempat bersama gembala dan tuan-tuan mereka. Florence Shinn berkata, " Permainan hidup adalah sebuah permainan boomerang. Fikiran-fikiran, perbuatan-perbuatan dan kata-kata kita akan kembali lagi kepada kita cepat atau lambat dengan tingkat akurasi yang mengkagumkan. " Karma baik maupun karma buruk, semuanya bergantung kepada cara kita bertindak di masa lalu. Aksi akan menimbulkan reaksi. Siapa menabur, maka dialah yang akan menuai. Apapun kondisi dan hasil yang kita tuai ketika ini, sebenarnya merupakan hasil dari usaha serta perbuatan kita di masa lalu. Apabila kita berbuat baik maka hasilnya nanti akan baik, demikian pula sebaliknya."
Insyallah / Wallahualam
~: hnbk :~

Thursday, 26 December 2013
LUPA ATAU BOHONG
As-Salam,
1. Pelajaran tentang alam datang lagi kali ini. Bagaimana besar dan azabnya alam tampil mengajar manusia sepertimana peristiwa tsunami yang berlaku 9 tahun lalu, begitu jugalah hanyutnya peringatan itu dengan kembalinya bencana itu ke dasar lautan. Manusia mudah menjadi pelupa kerana ia dianggap tidak akan singgah ke muka pintu sendiri. Musibah tidak berminat pada diri mereka dan akan hanya mendekati manusia-manusia lain yang hina dina. Mereka penuh yakin ia tidak akan menyentuh sedikitpun jasad mereka yang kebal dari segala musibah.
2. Sememangnya manusia mempunyai fitrah pelupa namun apakah alasan lupa itu perlu menjadi benteng mempertahankan segala tindak tanduk yang merugikan bangsa, agama dan tanahair? 'Sindrom 100 hari' yang sering dikaitkan dengan tindakan melupai sesuatu perkara selepas 100 hari wajar dikikir dan dicampak sejauh mungkin. Gempa bumi di Qom, Iran yang banyak mengundang belas simpati kemudiannya dilupakan begitu saja dan mangsanya terus tinggal di khemah-khemah pelarian sehingga sekian lama. Peristiwa kekejaman Israel di khemah pelarian Syatila, kekejaman tentera Serbia dan Crotia terhadap rakyat Bosnia dan pembagai lagi kezaliman dlupakan begitu saja. Alasan mudah adalah LUPA.
3. Tidak sampai seminggu lagi kita akan menyambut tahun baharu dan ia bukan perkara baharu dan luarbiasa. Setiap tahun, puluhan ribu ringgit di peringkat negeri dan mungkin mencecah ratusan ribu ringgit di peringkat pusat upacara membakar bungapi yang sinonim dengan membakar wang. Itu belum lagi ditokok-tambah dengan perbelanjaan penganjuran majlis-majlis ke arah tersebut termasuk kos membayar artis dan pentas serta sistem bunyi dan 'lighting'. Jutaan ringgit dikorbankan wang rakyat hanya untuk tempoh yang pendek tetapi sengsara rakyat umpama samudera tanpa tepi.
4. Untuk kesekian kalinya, kali ini jangan pula pemerintah lupa akan alasan mengurangkan subsidi gula dan bahanapi, kos membayar kepada IPP dalam isu tarif elektrik dan juga perjanjian konsesi dengan pihak pemegang konsesi lebuhraya yang menyebabkan kadar tol perlu dinaikkan bermula awal tahun depan. Jika alasan untuk menjimatkan wang kerajaan bagi tujuan tersebut, maka jangan pula wang yang dijimatkan itu digunakan untuk membeli bungapi untuk dibakar dan penganjuran majlis-majlis besar untuk sambutan tahun baharu. Lebih bermanfaat ia digunakan untuk membantu mangsa banjir, bantuan persekolahan rakyat sempena pembukaan sekolah awal tahun ini dan jika sudah berlebihan wang janganlah ia dibakar tetapi ditampung subsidi kepada bahan makanan asas seperti gula dan beras serta bahanapi. Semua ini akan dapat membantu menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.
5. Ayam tidak berkokok hari tetaplah siang, bungapi tidak tidak dibakar juga tahun baharu tetap tiba. Yang penting pengisian yang dapat menjemput kemaslahatan dan bukan saja mendengar keluhan rakyat tetapi bertindak menyelesaikan masalah rakyat. Itulah fungsi pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Bukannya memilih pemimpin untuk ke sana-sini atas alasan tugas tetapi lugas, berboros sana-sini meniru SOROS. Sakit ada ubatnya, mati ada tempatnya dan lupa juga ada penyembuhnya. Kita hanya berharap agar pemerintah berpegang teguh kepada janji-janjinya yang dibuat ketika bersumpah dengan nama Allah serta Al-Quran sebaik menerima amanah tersebut termasuklah janji-janji ketika meminta jasabaik rakyat untuk diberi peluang memerintah sepenggal lagi dalam PRU13 yang lalu. Kita akur dan memaklumi bahawa tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pada pagi esoknya, namun janji manusia juga jika kita ikhlas, pastinya ia akan terlaksana. Kemuncak segala dosa adalah berbohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong adalah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.

6. Untuk menjadi pembohong harus kuat daya ingatannya bukan pelupa. Jika sekadar ingatan yang sederhana, bagus kalau dapat jauhkan pembohongan kerana ia akan menyiksa diri kamu ketika kamu lupa apa yang telah kamu bohongi. Jujurlah kamu kerana kebebasan adalah milik mereka yang jujur. Orang yang berbohong tidak merasa bebas kerana terperangkap dengan kebohongannya.
Wallahualam
~: sani :~
Monday, 23 December 2013
BAHAYA KEKUASAAN
As-Salam,
1. Alam
tidak pernah berhenti menjadi guru kepada manusia kecuali yang bebal dan
sombong dengan merasakan diri serba tahu dan tidak lagi memerlukan titisan
rahmat ‘nur Ilahi’. Ikan mungkin lemah di daratan tetapi begitu hebat dan
tangkas di dalam air. Singa dan harimau menjadi raja di hutan belantara tetapi
di dalam air pula rajanya adalah ‘hantu air’. Tidak semua manusia boleh menjadi
‘Badang’ lantaran kehebatan akal lebih berkuasa daripada ‘otot’.
2. Sesungguhnya Allah swt itu maha adil dan saksama. Kekuatan, kehebatan dan kepintaran yang diberi kepada manusia itu sama jumlahnya. Janganlah kita bersangka buruk kepada Allah terhadap apa yang kita miliki. Yang berbeza itu datangnya daripada manusia sendiri. Kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada manusia itu sama jumlahnya kecuali agihannya ditentukan oleh manusia samada kuat mengampu atau kuat mempertahankan prinsip dan maruah. Kehebatan yang dikurniakan Allah kepada manusia juga sama kuantiti serta kualitinya tetapi samada digunakan untuk membela dan mempertahankan rakyat atau menindas mereka. Kepintaran yang diberikan kepada setiap manusia juga pasti sama kerana Allah tidak menganiaya makhluk ciptaannya tetapi samada ianya digunakan untuk menipu atau membalas penipuan. Minda manusia begitu selektif mengikut kemahuan dan selera masing-masing dan hasilnya juga berbeza mengikut pilihan mereka.
3. S. Abul A’La
Maududi dalam monografnya bertajuk ‘Jatuh Bangun Sesuatu Bangsa’ yang
diterbitkan pada tahun 1987 oleh Pustaka Ikhwan, Alor Star melontarkan beberapa
persoalan yang berkaitan dengan apa yang disebutkan di atas. Soalnya, “Berapa
orang yang mendapat gaji dan upah darikerja seharian mereka telah bekerja
dengan jujur dan ikhlas? Berapa ramai pegawai kerajaan dan kakitangan awam yang
bebas dari kecurangan, penggelapan wang, pengabaian tugas, penyalahgunaan
kuasa, kekejaman dan menyebabkan penderitaan orang lain? Berapa ramai peguam,
doktor, hakim, pemberita, penerbit dan penulis merasa malu bila mereka menggunakan
cara yang hina untuk mendapatkan kepentingan diri dan menimpakan kerosakan
moral, mental, fizikal dan kewangan hamba Allah yang lain?” Tambahnya lagi, “Apedemik ini tidak
mengecualikan sesiapa – Hindu, Sikh, Harijan atau Muslim, semuanya diserang
tanpa sebarang perbezaan.” Penyakit ini bukan saja menimpa kelompok yang
disebut ini saja bahkan menjangkiti para manusia yang digelar ulama’ selagi
mulut dan hati mereka begitu bernafsu dan serakah terhadap habuan berbentuk harta,
pangkat, jawatan dan kuasa, maka selagi itulah penyakit ini akan terus
menyerang tanpa memilih mangsanya. Yang kuat akan memangsakan yang lemah dan
yang pintar akan memperbodohkan yang bodoh. Namun, yang diperbodohkan itu
mungkin bodoh dari satu segi tetapi segi lain mampu memperbodohkan yang
menjadikannya kelihatan bodoh.Begitu juga dengan yang kuat itu tadi mungkin
akan dilemahkan pula oleh mangsanya yang telah dilemahkan pada satu keadaan
yang lemah itu kuat dan yang kuat itu lemah.
4. Negara
akan hancur apabila ditadbir dan diperintah oleh manusia-manusia yang memilih
jalan yang tidak benar iaitu dengan merosak lebih dari membina yang membawa mereka
tenggelam dalam keruntuhan nilai kemanusiaan. Mereka memilih untuk
bergalang-ganti antara kebaikan dengan kehancuran dan mereka menggadaikan
keadilan dengan penindasan sehingga melupai tugas negara dan sebaliknya
menumpukan pencarian kekayaan dengan jalan yang salah. Saya amat tertarik
dengan ungkapan S. Abul A’La Maududi dalam monograf yang sama berbunyi “Jika
mustahil untuk manusia bernafas melalui mata sebagaimana mustahilnya mata
berfungsi sebagai perut, maka begitu jugalah mustahilnya sebuah negara yang
menggunakan perundangan yang menjanjikan kehancuran akan maju membangun.”
5. ‘Mandat
dari langit’ tidak akan sesekali membiarkan mereka yang dizalimi tanpa
pembelaan jika mereka berdoa kepada Maha Penciptanya. Tiada hijab antara yang
dizalimi dengan Allah swt sekiranya mereka berdoa memohon pertolongan dan jika
jutaan rakyat yang mendoakan perkara yang sama, antara lambat dan cepat saja
akan menentukan ianya dimakbulkan. Ini bukan ugutan, tetapi janji Allah swt
yang wajib diyakini oleh seluruh umat Islam sekiranya mereka masih tidak
tergelincir daripada landasan akidah seorang Muslim. Setiap pemimpin harus
ingat, seperti kata Qasim Ahmad dalam makalahnya berjudul ‘Kekerasan Dalam
Sejarah – Masyarakat dan Pemerintah’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993)
berbunyi “Walaupun kuasa memerlukan kekerasan, kekerasan pula tidak dapat
dijadikan ganti kepada kuasa. Pemerintah yang terpaksa bergantung pada
kekerasan untuk mengekalkan kuasanya, boleh dikatakan sudah hilang kekuasaannya
atau kesahan kuasanya.” Oleh yang demikian, berpada-padalah setiap manusia yang
telah dimandatkan kuasa oleh rakyat kerana tugas pemerintah adalah melayani
karenah rakyat dengan adil, jujur dan amanah dan tidak sesekali dikalungkan cemeti
untuk membelasah rakyat.
6. Sememangnya
kata-kata Edmund Burke tokoh politik terkenal British pada abad ke 18 begitu
hampir dengan apa yang berlaku sepanjang zaman, “Semakin besar sesuatu kuasa,
semakin besar bahaya penyalahgunaannya.” Rakyat yang mengupah pemimpin untuk
berada pada kedudukan di atas tidak wajar direndah-rendahkan hanya kerana
mereka di bawah. Pucuk pokok berada di atas kerana menumpang ihsan pohon dan
akar di bawah. Tanpa akar dan pohon, pucuk tidak mungkin berada di situ. Air
yang disedut ke atas datangnya dari bawah dan mati akar maka matilah pucuk.
Oleh kerana itulah bagi meneruskan hayat pokok, yang disiram itu perlu
disasarkan pada akar bukannya pucuk. Pucuk hanyalah penumpang dan jangan pula
penumpang lupa diri sehingga akar memilih untuk merajuk dan membiarkan pucuk
menjadi layu. Analogi ini perlu hinggap dan berakar dalam minda setiap pemimpin
yang berhajat untuk terus berada di kedudukan yang dicintainya. Jangan sampai berat
mahkota kekuasaan itu menjadi punca muka tersembam ke bumi. Tiadalah gunanya “mutiara
terkalung di leher babi” yang bermaksud orang yang mulia telah jatuh
martabatnya. Pemimpin juga harus sedar bahawa “seekor ayam tak berkokok, apakah
hari tidak akan siang?”
Wallahualam
~: sani :~
Sunday, 22 December 2013
PANGKAS JIKA SUDAH MEMBEBANKAN
As-Salam,
1. Masa yang
terluang di sebelah pagi hari ini diambil kesempatan untuk menggunting pokok
kesinai dan menyiram pokok. Nampaknya setiap satu yang ada di sekeliling kita
pasti ada pengajaran yang tersirat di sebaliknya. Antara menggunting dan
membentuk pokok kesinai itu, pengajaran yang dapat ditimba kali ini adalah,
ranting-ranting yang tidak berguna dan sesuai dengan bentuk pokok yang dibentuk
itu, elok saja dipangkas dan dibuang. Daripada menyemak dan menyedut air tanpa
faedah malah mengganggu sistem penyuburan pokok yang dijaga itu, maka tindakan
paling sesuai adalah memangkasnya. Selain dapat menyelamatkan pokok, ia akan
bertambah cantik dan subur.
2. Dalam
kehidupan juga, apa yang mengganggu dan menjadi penumpang apatah lagi menjadi
parasit ‘wajib’ dipangkas sebelum keseluruhan sistem menyembah bumi. Jika dalam
ekonomi ianya boleh memufliskan negara jika dibiarkan dan di dalam politik juga
amat merbahaya. Ini kerana negara yang diterajui mana-mana pemimpin yang sudah ‘gelong’
atau ‘mereng’ harus dihumban keluar daripada berada dalam sistem politik yang
menjadi teras jatuh bangun sesebuah negara. Mana tidaknya, jika sebuah
kenderaan yang sudah rosak walau betapa sayangnya kita pada kenderaan itu, ia
harus diganti dan jika kasih sayang masih menebal, simpan lah saja di dalam
muzium. Dipandu untuk belok ke kanan ia ke kiri, dibelok ke kiri ia membelok ke
kanan maka pastinya terlalu berisiko untuk terus digunakan. Ia bukan saja
membahayakan nyawa dan tubuh badan pemandu, malah akan mengakibatkan keseluruhan
penumpang terhumban ke dalam gaung.
3. Kenderaan
alternatif sebagai ganti kenderaan lama tidak wajar dibandingkan atas kertas
berdasarkan ‘track-record’ kenderaan yang rosak tersebut. Selagi kenderaan lain
tidak dicuba, mustahil kita dapat mengetahui samada kenderaan baru itu lebih
teruk atau lebih bagus daripada kenderaan yang digunakan sekarang. Jika asas ‘track-record’
diguna-pakai, rasanya sampai ke lubang kubur tidak akan ada kemajuan dan
pembaharuan. Kita akan terus kekal dalam kejumudan berpunca daripada alasan
naif bahawa status-quo perlu dipertahankan. Jika dilihat dari sudut kehidupan mereka
yang enggan berubah, maka pastinya mereka akan terus tinggal di zaman batu
dengan berpakaian dan peralatan ala ‘flint stone’.
4. Harus
diingat apa yang disebut allahyarham Aminuddin Baki, “Pimpinan politik Melayu
mestilah lebih tegas berusaha agar itik di air jangan sampai mati dahaga dan
ayam di kepuk jangan sampai mati kebulur”.
Namun, apa yang berlaku sekarang sudah
menampakkan petanda ianya akan berlaku di sini walaupun tanahair masih dipimpin
Melayu yang lupa daratan seperti kata Hj Mustapha Ali yang ketika itu (Disember
1976) merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS berbunyi “… Orang Melayu yang dipimpin
senang dikawal, tetapi orang Melayu yang menjadi pemimpin sering lupa daratan”.
Pemimpin jenis ini sering lupa asal-usul dan apa yang pernah diucapkannya.
Rakyat hanya dilihat sebagai perkakas untuk diperalatkan mencapai cita-cita
peribadi dan kelompok sendiri. Sebaik cita-cita sudah berjaya digenggam, tiba
giliran untuk meraya dan berpesta dengan kejayaan peribadi sehingga masalah
rakyat tidak akan hinggap di benak dan telinga mereka.
5. Cakap
berdegar-degar memperjuangkan nasib rakyat tetapi semuanya hanyalah omongan
yang berbaur hanyir dimuntahkan dari mulut Sang Pendusta. Berdusta sudah
menjadi amalan sehingga tidak sedikit pun rasa bersalah muncul di sanubari
pemimpin jenis ini. Yang ada hanyalah jari yang menuding kepada orang lain atas
kesalahan dan kelemahan dirinya. Pemimpin jenis ini tidak mampu membezakan
penyakit yang dihidapinya samada hanya memerlukan aspirin atau aspro ataupun
memerlukan pembedahan. Penyakit serius dan kritikal tidak mungkin hanya akan
sembuh dengan aspirin sebaliknya memerlukan pembedahan. Mungkin masalah besar
dihadapi pemimpin jenis ini adalah kerana dikelilingi pengampu-pengampu yang
hanya ‘mengaminkan’ apa saja yang dikatakan oleh beliau malah menafikan
sekeras-kerasnya bahawa pemimpin itu sedang tenat diratah oleh penyakit kronik.
Bagi mereka hanyalah perlu menyebut ‘semuanya ok’ di hadapan ‘bos’ demi habuan
yang belum cukup-cukup dikaut.
6. Pada
tahun 1964, Mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew semasa Singapura masih berada di dalam
Malaysia berkata “kepimpinan politik Malaysia hanya akan berada di tangan orang
Melayu untuk selama 30 tahun “ daripada masa itu. Walaupun ianya sudah melepasi
sumpahan Saudara Lee, ia bukan mustahil akan berlaku jika terus dipimpin oleh
mereka yang tidak berkelayakan berada pada kedudukan yang amat memerlukan
pemimpin yang bukan saja bijak dan berani, tetapi juga ikhlas, jujur dan amanah
yang merupakan unsur paling penting buat seseorang pemimpin.
7. Profesor
Datuk Zainal Abidin Wahid Mantan Ketua Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan
Malaysia berkata “Orang Melayu dan pemimpin Melayu jangan lah mudah terpedaya
dengan sangkaan bahawa mereka telah mencapai kemajuan semenjak selepas merdeka.
Jika kita merasa bahawa orang Melayu sudah mencapai kemajuan semenjak merdeka,
maka kemajuan itu mestilah dilihat secara perbandingan dengan kemajuan yang
dinikmati oleh bukan Melayu. Jika kita merasa maju kerana dulunya berjalan kaki
dan sekarang berbasikal, maka kita janganlah lupa bahawa orang yang dahulunya
berbasikal kini sudah memandu Honda. Dan jika kita merasa maju kerana dulu naik
basikal sekarang menaiki Honda, maka janganlah kita lupa bahawa yang dahulunya
menaiki Honda kini bersila panggung di dalam Mercedes-Benz”. Apa yanag berlaku sekarang adalah pemimpin
dan juak-juak yang ada seolah-olah ‘syok sendiri’ dan menganggap mereka sudah
berjaya meletakkan bangsa Melayu pada landasan yang betul dan sedang menuju
matlamat sebagai bangsa berjaya. Sebaliknya jika angka-angka yang tidak
dimanipulasikan dengan jelas menunjukkan bangsa Melayu jauh ketinggalan dari
berbagai sudut samada ekonomi, pendidikan dan politik itu sendiri.
8. Ingat akan
pesan Khalifah Umar al-Khattab bahawa “ Jangan engkau percaya melihat kegagahan
seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya
daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya “. Banyak yang
mengaku lelaki tetapi tingkah-laku dan tindak-tanduk mencerminkan kelelakian
telah hilang diinjak-injak oleh wanita yang menjadi lelaki terhadap lelaki yang
sudah mentransformasikan diri menjadi wanita. Oleh itu, pilihan di tangan kita maka pilihlah
pemimpin yang jujur, Ikhlas dan amanah serta tidak bermuka-muka terhadap
rakyat. Jika kesilapan telah dilakukan, jangan ianya berulang lagi kerana
kesilapan sama buat kali kedua bukanlah kesilapan sebaliknya adalah pilihan.
Wallahualam
~: sani :~
Wednesday, 18 December 2013
Jika Rakyat Diutamakan
As-Salam,
1. Mengimbas kembali kemenangan Mesir dalam Perang Yom Kippur
ke atas Israel, Mantan Presiden Mesir Anwar Sadat (1918-1981), telah mememulakan
usaha damai dengan Negara Yahudi itu dengan mengajak Israel ke meja rundingan.
Beliau kemudiannya menyampaikan ucapan dalam parlimen Israel (Knesset) pada 20
November 1977. Antara yang menarik dalam ucapannya itu berbunyi, “… tiada sesiapa berhak membina kebahagiaan di
atas kesengsaraan orang lain. … saya tidak pernah berbicara, dan tidak akan
berbicara, dengan lidah bercabang; saya tidak pernah memakai, dan tidak akan
pernah memakai, dua dasar. Saya tidak pernah berurusan dengan sesiapa kecuali
dengan satu lidah, satu dasar dan satu wajah.” Tambahnya lagi untuk
melengkapkan keindahan ucapannya, Anwar Sadat berkata “Sesuatu yang tidak kena
jika anda menuntut buat diri anda suatu benda yang anda nafikan buat orang lain”.
2. Alangkah merdunya bunyi seruling dari lidah dan tenggorok
Anwar Sadat sekiranya dialunkan di negara ini oleh para pemimpin di sini dan
paling penting ditunaikan tanpa madah dan helah. Politik Anwar Sadat
sememangnya hebat tetapi berakhir dengan tragis apabila menjadi mangsa
pembunuhan oleh rakyatnya sendiri dalam satu perbarisan tentera pada tahun
1981. Ia didakwa berpunca daripada tindakan Anwar Sadat memeterai Perjanjian Damai
yang dibuat di Kem David dan ia menyebabkan dunia Arab begitu marah kepada beliau.
3. Memetik kata-kata beliau bahawa “tiada sesiapa berhak
membina kebahagiaan di atas kesengsaraan orang lain” membuat kita membandingkan
betapa bukan seorang, dua orang atau tiga, tetapi jutaan rakyat terhimpit dan
sengsara dalam situasi ekonomi negara yang kian meruncing sedangkan di atas
sana mereka sedang dan terus membina kebahagiaan tanpa rasa bersalah. Selepas
satu, satu lagi menu kesengsaraan dihidangkan kepada rakyat sehingga
termuntah-muntah disumbat tanpa belas kasihan. Mulut berkata prihatin terhadap
rakyat tetapi tangan dan kaki melenting-lenting membidas muka rakyat dengan
bahana yang entah bila akan menemui noktah. Bermula dengan kenaikan harga
minyak, penghapusan subsidi gula, pengenalan cukai GST yang bermula pada 2015, kenaikan
tarif letrik sebanyak 15 peratus dan kini kenaikan juga bakal dikenakan kepada
tambang LRT dan monorail serta kadar tol di beberapa lebuhraya.
4. Mana justifikasi yang dapat diterima oleh rakyat seperti
disebut Anwar Sadat, “Sesuatu yang tidak kena jika anda menuntut buat diri anda
suatu benda yang anda nafikan buat orang lain”? Rakyat diminta berjimat sedangkan
yang meminta dan bergelar pemimpin terus boros. Jika benar keadaan ekonomi
negara sedang parah, kenapa perlu diganti kereta-kereta pegawai kerajaan dengan
Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan? Apakah
semuanya itu disedekahkan oleh Syarikat Proton kepada kerajaan? Kenapa perlu
melakukan itu dan ini yang memperlihatkan betapa yang kaya dibiarkan terus kaya
dan yang miskin bergelumang kepayahan meneruskan sisa-sisa kehidupan bersama
keluarga yang begitu mengharapkan ada lohong cahaya buat mereka.
5. Kata Mantan Presiden Mesir itu lagi, “saya tidak pernah
berbicara, dan tidak akan berbicara, dengan lidah bercabang; saya tidak pernah
memakai, dan tidak akan pernah memakai, dua dasar. Saya tidak pernah berurusan
dengan sesiapa kecuali dengan satu lidah, satu dasar dan satu wajah”. Jika
sebelum pilihanraya rakyat dijanjikan dengan bulan dan bintang untuk membantu
mereka, namun selepas pilihanraya apa yang berlaku? Satu persatu beban yang
ditimpakan ke atas rakyat sehingga ada yang sudah tidak dapat membezakan antara
menuju masa depan dan berundur ke belakang. Lidah bercabang berpada-pada jangan
sampai membelit diri sendiri. Bermuka-muka juga ada batasnya, jangan sampai di
depan kaum Cina begini, Kaum India begini dan bangsa sendiri entah apa yang
perlu di’kelentong’ lagi.
6. Berani berboros maka perlu berani memikul bebannya. Ia tidak
wajar dihempas ke muka rakyat yang tidak bersalah. Sebaik rakyat mengeluh dan
merungut, maka jawapan Pak Menteri yang menjengkelkan setiap yang mendengar akan
berkumandang dan hanya yang kurang siuman tak sabar mendengar kata-kata
sedemikian rupa.
7. Boleh jika kita terlalu ghairah untuk berpolitik kerana politik Islam itu amat murni dan digunapakai oleh para Nabi dan Rasul termasuk para sahabat Nabi. Yang bahaya adalah terlalu banyak politiking sehingga kepentingan rakyat diketepikan. Jauhkan sikap menyalahkan sana-sini. Semuanya tak mampu selesaikan kemelut yang dihadapi rakyat. Bersatulah kita tanpa syarat dan tanpa mengira fahaman politik, agama, budaya dan bangsa. Jangan pula mulut berkata bersatu, tetapi di rumah hasut anak bini, kaum kerabat, orang bawahan dan pengikut serta ahli membenci kaum itu dan kaum ini, parti itu dan ini. Cakap berdegar-degar minta rakyat bersatu tetapi dalam parti masing-masing bercakap soal kepentingan bangsa sendiri dan minta boikot itu dan ini. Tidak kiralah samada DAP, PKR, PAS, UMNO, MIC, MCA, PGRM, MCA dan semua parti politik yang ada di Malaysia ini, semuanya mengamalkan pendekatan sama iaitu cakap tidak serupa bikin. Yang berbeza hanyalah tahap putaran kata-kata samada perlahan, laju atau terlalu laju. Cakap jangan tidak serupa bikin dan hanya menyalahkan rakyat serta mereka yang tak senada dengan kita. Tiada ombak tanpa angin dan tidak berlagu tanpa melodi. Jika hanya sekadar menuding jari, si-buta juga dapat menuding jari kerana jarinya tidak buta, si-bisu juga mampu menuding jari kerana jarinya tidak bisu termasuklah yang pekak kerana jarinya tidak pekak.

8. Cuba kita renungkan di sekeliling kita dan pelajarilah dari
alam. Sekejam mana sekalipun manusia itu, tidak pula ia bakhil untuk
menganugerahkan manusia dengan oksigen serta segala keperluan manusia. Tetapi
manusia sebaliknya terlalu kejam sesama manusia walaupun yang dimangsakan itu
tidak melakukan kesalahan terhadap mereka.
Wallahualam
~: sani :~
Monday, 16 December 2013
Tembakau Oh Tembakau
As-Salam,
1. Awal
oktober tahun ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga rokok di Malaysia
sehingga 14%. Di kalangan penghisap rokok, ramai yang cuba menghilangkan
ketagih rokok dengan beralih kepada ‘rokok daun’ bersalut tembakau. Namun,
kelegaan mereka hanyalah sementara apabila bermula 1 Januari 2014, tembakau
jawa (paya kumbuh) akan dinaikkan cukai sebanyak RM50.00/kg atau RM2.00
setahil. Apa saja yang boleh dinaikkan
pasti dinaikkan kecuali hujan nampaknya. Bagi yang mencari nafkah menjual tembakau
pastinya resah teramat sangat kerana bukan senang berdepan dengan pelanggan
yang asyik tawar-menawar dengan harga yang ada sekarang, inikan pula apabila
cukai dinaikkan. Nampaknya bukan lagi tawar-menawar tetapi ‘pahit-memahit’ la
nampaknya. Orang kampung yang terkenal dengan budaya ‘gulung’ rokok daun dengan
tembakau juga akan mengeluh panjang dan agaknya panjang keluhan dari Perlis
sampai ke Tambak Johor selepas ini. Itu belum lagi diambil kira kenaikan harga
bahanapi, gula dan tarif elektrik awal tahun yang hanya beberapa hari lagi.
2. Bayangkan
harga motosikal Honda PCX150 dibeli tunai dengan harga RM10,500 di negara ini hanya dijual di Thailand (sebelah saja) dengan
harga RM7,500. Cukai impot dengan beza RM3,000 itu jika digunakan untuk mengisi
petrol walaupun harga di Thailand lebih dari negara ini masih dapat bertahan
sehingga hancur motosikal itu. Cukai impot untuk kenderaan kereta dan lain-lain
pasti mencecah puluhan ribu ringgit. Perbandingan harga petrol dan diesel
dengan negara jiran ini nampaknya tidak wajar dilakukan kerana perbezaan cukai
impot yang begitu besar dan tidak ada bayaran tol yang dikenakan di Thailand. Tetapi,
jika bersuara pasti ada pecacai yang akan bingkas bangun menjerit untuk ‘menghambat’
sesiapa saja yang bersuara yang tidak
senada dengan mereka dan ‘tuan-tuan’ kesayangan mereka.
3. Saya
tertarik dengan komen-komen Tun M dalam blognya bertajuk ‘Kebebasan Bersuara,
Pengangguran di Britain’ bertarikh 27 Februari 2009. “Tidak ada kebebasan
bersuara di Eropah jika ia melibatkan kritik terhadap Yahudi. Jika sesiapa
mengkritik Yahudi maka mereka akan dilabel oleh media sebagai ‘ganti-semitic’” .
Apakah kita juga turut diletakkan pada
suasana yang sama seperti di Eropah yang tidak boleh bersuara walaupun ianya
begitu menyulitkan hidup rakyat?
4. Kita
tidak perlu dihidangkan dengan angka-angka yang mengelirukan rakyat dan tidak
difahami betapa angka-angka tersebut tidak mampu mengubah tahap kehidupan
mereka. Pendapatan perkapita di negara kita juga sama seperti di negara luar.
Seperti kata Tun M dalam artikel sama dan blog sama, berbunyi, “Sebenarnya
pendapatan perkapita yang mereka banggakan dahulu tidak mencerminkan kekayaan
mereka yang sebenar. Kekayaan mereka dahulu adalah hasil penipuan oleh pemain
pasaran wang. Perkiraan purata mereka tidak memberi gambaran yang benar. Oleh
kerana terdapat bilangan yang kaya yang begitu ramai maka perkiraan purata
(average) per kapita mereka meningkat. Ini dapat kita lihat apabila seorang
daripada seribu orang menjadi jutawan dan 999 menganggur, jika diambil
pendapatan purata bagi 1,000 orang ini, pendapatan tiap seorang daripada mereka
ialah seribu Dollar. Jelas yang angka per kapita yang disebut tadi menyembunyi
pendapatan yang amat rendah bagi majoriti rakyat negara yang dikatakan kaya
ini. Apatah lagi dengan billionaire yang begitu ramai di negara kaya. Sekarang
orang yang kaya sudah tidak kaya lagi. Justeru itu pendapatan per kapita negara
kaya ini akan jatuh dengan teruk.”. Yang kaya adalah mereka yang berada dalam
senarai manusia-manusia yang kaya di negara ini. Kenapa tidak disenaraikan
mereka yang termiskin dalam majalah yang boleh dibaca dan dihadam oleh rakyat?
5. Di
Malaysia, jika ukuran pendapatan perkapita yang diambil kira, rasanya sukar
melihat rakyat yang miskin dan menderita hidup dihimpit inflasi yang semakin
meningkat dan pendapatan menjadi semakin kecil. Jika ada yang berkata, rakyat
perlu berkorban untuk negara jika berniat baik untuk membantu kerajaan. Apakah
kerajaan yang sepatutnya membantu rakyat melakukan perkara yang sama? BR1M
bukan jawapan sebenar dan janganlah ia dimanipulasikan hanya untuk memenuhi
kertas jawapan dalam peperiksaan yang dirangka soalan dan jawapan oleh orang
yang sama. Kita bersuara bukan untuk
orang yang bersuara tetapi untuk semua. Yang menafikan hanyalah di kalangan
mereka yang mendapat habuan dan ada kepentingan samada secara langsung atau
sebaliknya daripada pelakon komedi yang menjadi johan lawak bodoh.
6. Kata H. Jackson
Brown, Jr. , “Pemimpin mencapai kejayaan melalui cara bagaimana dia
melayan orang lain, bukan dengan mengorbankan orang lain.” Jika kita berhajat
agar rakyat melayan pemimpin dengan baik, amat wajar pemimpin melayan rakyat
sesuai dengan kedudukan sebagai pemimpin bukan sebagai ‘budak nakal’ yang tidak
tahu menghargai pengorbanan rakyat.
7. Mari kita
belajar dari alam, “semakin berisi semakin merunduk” resmi padi dan “ular tidak
akan hilang bisanya walaupun menyusur akar”.
Wallahualam
~: sani:~
Thursday, 12 December 2013
Jika Itulah Pemimpin
Salam,
1. Alam tidak pernah bosan mengajar insan yang mahu berfikir. Dari berfikir maka akan datangnya ilmu dan hikmah yang diturunkan Maha Pencipta. Dengan berfikir manusia akan mudah bersyukur dan insaf. Itulah kehebatan alam sebagai guru. Mungkin itu sebabnya Tun Dr Ismail Mantan Timbalan Perdana Menteri Kedua yang disegani dan dihormati dalam sejarah tampil dengan banyak kata-kata yang amat bernilai sebagai panduan kepada pemimpin yang ada sekarang.
2. Dalam buku Tun Dr. Ismail - Kejora Timur Yang Mengerdip karya Thajunnisa Mohamaed Ibrahim (2004) terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, kata-kata menarik untuk difikirkan diungkap oleh Tun Dr Ismail berbunyi "Tak adil saya menolong seorang sedangkan 10 juta orang penduduk memerlukan pertolongan. Saya tidak terdaya hendak menolong semua orang, jadi saya tidak dapat menolong seseorang". Kata-kata ini diluahkannya kepada En Zawawi Setiausaha Sulit beliau sendiri yang meminta jasa baiknya untuk mendapatkan pekerjaan kepada seorang rakannya.
3. Ketegasan dan trademark beliau sebagai 'man of principle' begitu menyerlah. Namun, apakah ketika ini masih ada pemimpin yang adil dan berpendirian sebegini? Bukan saja membantu memberi pekerjaan, bahkan harta dan pangkat menjadi umpan untuk dikalungkan kepada sesiapa saja yang bertenaga dan bernafsu dalam 'mengusap' dan 'menjilat' pemimpin. Puluhan juta rakyat yang masih menanti dengan sabar untuk mendapatkan bantuan sudah tidak diambilkira dan yang penting adalah amalan KKN (Kronisma, Korupsi & Nepostima). Pemimpin jika tidak memiliki daya tahan diuji dengan kuasa, maka mudahlah terjebak dengan KKN dan 'ular lidi' serta 'ular air' menanti peluang untuk masuk daun. Harta boleh menjadikan seorang yang tamak sebagai hambanya jadi jangan dibiarkan kemerdekaan yang datang bersama-sama kita dilelong untuk menjadi hamba.
4. Pemimpin yang mudah rebah dan 'tergolek'dimamah ampu dan kipas pastinya menjadi sasaran spesis berlidah panjang. Apa yang penting kata Machiavelli adalah 'matlamat menghalalkan cara' dan apa yang dicita dapat didakap. Soal prinsip dan maruah di era sekarang sudah tidak bernilai. Yang tidak sehaluan dan tidak berdaya dalam perlumbaan menggelikan pemimpin sila keluar dari lingkaran atau koridor kuasa. Medan tempur bergelumang air liur dan sisip kipas akibat terlalu banyaknya calon-calon yang mencuba nasib untuk bergelar juara jilat dan kipas. Pada pandangan mereka tidak salah mencuba nasib kerana 'untung sabut timbul dan untung batu tenggelam'.
5. Pemimpin seperti Tun Dr Ismail semakin sukar ditemui dan jika ada hanya akan menjadi mangsa korban pengkhianatan rakan seangkatan yang bersayap dan terjelir lidah. Bagi yang berhajat mempertahankan prinsip dan maruah, kata Mahaguru Alam, "Jangan bandingkan dirimu dengan orang lain, tetapi bandinglah diri kamu dengan diri kamu sendiri" supaya kita tidak mengikut rentak paluan joget lambak dan rambong mereka yang sudah lupa akan asal-usul. Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak akan mengejar nama. Oleh itu, dalam memilih pemimpin ingat bahawa "kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik". Jika ciri-ciri ini mampu dimiliki oleh seseorang yang berhasrat menjadi pemimpin, tidak salah untuk kita mencuba.

Wednesday, 11 December 2013
Musuh utama manusia adalah kebodohan
Salam,
1. Jika soal ketololan dan kedunguan ingin di pelajari dari alam, pastinya makhluk alam yang tidak akan terlepas dari menjadi contoh adalah keldai, unta dan lembu. Manusia yang sering diperkudakan juga kebiasaannya dianggap sebagai dijangkiti penyakit dungu dan tolol walaupun kuda tidaklah sinonim dengan kebodohan. Jarang sekali kita dengar ada yang berkata "bodoh macam kuda" walaupun diperkudakan sering menjadi mainan mulut. Amat tidak sesuai jika ayat "diperkudakan seperti keldai" digunapakai dan alangkah lebih baik diringkaskan dengan kata-kata 'dikeldaikan' atau diuntakan. Ataupun kita juga biasa terdengar kata-kata diperlembukan yang turut membawa maksud diperbodohkan.
2. Saya cuba merungkai kata-kata George Bernard Shaw seorang novelis, politikus dan orator yang dilahirkan di Dublin, Ireland pada tahun 1856 dan menetap di England sehingga tamat hayatnya pada tahun 1950. Kata-katanya yang dipetik oleh K.Das dalam bukunya bertajuk Dominasi Melayu terbitan . A.K Das Ink Publication pada tahun 1987 yang berbunyi "Pernah dikatakan bahawa seorang tolol itu lebih berbahaya daripada seorang yang jahat, dan apa yang sangat membimbangkan kita sekarang ialah terlalu ramai orang yang tolol merayau-rayau di koridor kuasa di dunia ini". Kata-kata ini yang dipetik oleh K. Das amat menarik dan wajar diberi perhatian kerana simptom-simptom penyakit yang disebutnya itu sedang membarah dan membiak di segenap penjuru dunia termasuk di negara kita.
3. Manusia yang jahat bukanlah terdiri dari mereka yang tolol atau dungu. Jika mereka demikian, sudah pasti sejak awal lagi mereka sudah terperangkap. Namun demikian, itu tidak bermaksud mereka tidak merbahaya kerana ancaman oleh mereka sering menjadikan kehidupan manusia lain berdepan kepayahan dan kebimbangan. Walaubagaimanapun, orang tolol lebih merbahaya berbanding orang jahat sepertimana kata Bernard Shaw itu disebabkan mereka mudah dipengaruhi, diugut, dieksploitasi dan manipulasi. kebodohan menjadikan manusia yang menghidap sindrom ini melihat semuanya baik dan berjalan seperti tiada apa yang merencatkan perancangannya.
4. Lihat saja apa yang berlaku pada Pak Kadok yang ayamnya menang tetapi kampung tergadai malah sehingga bertelanjang bogel lantaran pakaian yang dipakainya itu diperbuat dari kertas. Begitu juga dengan kisah Pak Pandir yang menyebabkan kematian anak sendiri setelah disuruh Mak Andeh memandikan anaknya dengan air suam tetapi Pak Pandir memandikannya dengan air panas yang menggelegak. Itu belum lagi diheret kisah Lebai Malang yang asyik mendapat malang lantaran kebodohannya itu termasuk mereka yang dekat dengan manusia-manusia bodoh seperti ini.
5. Jika bodoh dan tolol yang hanya melibatkan diri sendiri masih boleh diterima, tetapi jika tolol dan dungu yang menampuk kuasa, maka bahayanya bukan saja menimpa diri beliau malah habis semua yang di bawah kekuasaannya turut menerima padah akibat kebodohannya. Pepatah ada menyebut, "Tidak ada kekayaan melebihi akal dan tidak ada kemelaratan yang melebihi kebodohan". Maka dengan itu, sama-sama kita menjauhi kejahilan dan kedunguan serta jangan dipilih mereka untuk diberi kuasa dari kalangan yang tolol dan dungu.

Tuesday, 10 December 2013
Racun Tikus
Salam,
1. Tiba-tiba saja aku teringat cerita tentang tikus yang sering menimbulkan masalah pada manusia. Manusia sering berdepan dengan masalah tikus sehingga terpaksa memikirkan bagaimana caranya untuk menghapuskan mereka. Jalan mudah adalah dengan menggunakan racun tikus terhadap spesis haiwan ini. Tetapi jika kita benar-benar berhasrat untuk membunuh tikus-tikus yang mendatangkan masalah kepada manusia, maka tikuslah yang sepatutnya diberikan racun tersebut. Jangan sampai tikus yang nak dibunuh dan dihapuskan tetapi kita pula yang meneguk racun tikus. Jika itu berlaku, yang mati bukannnya tikus sebaliknya kita yang menempah keranda dan meninggalkan alam yang fana berserta tikus-tikus untuk terus bermaharajalela.
2. Itulah pelajaran yang dianugerahkan alam untuk kita jika tidak berhati-hati mendepani masalah tikus. Dalam kehidupan ini, pengajaran yang boleh diambil dari kisah tikus ini menunjukkan bahawa banyak juga manusia yang mengamal dan memiliki sifat seperti tikus-tikus ini serta menjadikan pendekatan tikus sebagai senjata untuk memenuhi nafsu serakah merka. Hidup mereka hanya memikirkan bagaimana untuk memusnahkan harta-benda, masa depan orang lain dan paling mudah disebut 'khianat'. Kita harus mahir menguasai fikiran serta pintar mengedalikan akal tanpa membiarkan perasaan geram dan marah menjadi raja. Jika itu yang berlaku, akhirnya kita yang menjadi mangsa sepertimana analogi tikus ini. Hajat membunuh tikus tetapi angkara gagal menguasai perasaan, kita pula yang meneguk racun tikus. Apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan mengumpan mereka untuk masuk perangkap agar menghabiskan racun tikus yang disediakan untuk mereka. Malangnya kita menjadi mangsa racun tikus hasil sediaan kita sendiri. Kata Aristotle, yang meninggikan darjat seseorang adalah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. Oleh itu, manfaatkannya sebaik mungkin agar pengkhianat mendapat balasan setimpal dan kita bersama insan-insan lain dapat hidup aman damai tanpa manusia-manusia tikus yang tidak pernah putus-asa untuk memusnahkan kehidupan manusia selagi mereka bernafas.
3. Hidup tidak mudah untuk melepaskan diri daripada dugaan dan ujian dari Maha Pencipta. Kerana ianya adalah sebahagian dari rahmat Allah untuk meningkatkan darjat manusiawi serta saluran untuk turunnya pahala dan dosa kepada manusia. Namun demikian, kita akan menyesal sekiranya manusia-manusia tikus yang jahat dan pengkhianat terus menerus hidup untuk memusnahkan kehidupan orang lain sedangkan kita terbujur kaku menjadi mangsa 'racun tikus' hasil tangan kita sendiri.
4. Lakukan sesuatu dengan kaedah yang betul. Jika tikus yang mahu dibunuh, yang layak untuk diberikan racun tikus adalah tikus dan bukan kita. Begitulah analoginya jika manusia dengan sifat tikus-tikus liar ini juga wajar diracun sekiranya tindak-tanduk mereka dilihat menghancurkan kehidupan orang lain. Dengan cara kita meminum racun, tikus tidak mati dan yang mati adalah kita sendiri. Racun Tikus di tangan kita, terpulang samada ia akan ke depan atau ke belakang. Tikus tetaplah tikus.

Monday, 9 December 2013
Antara Penasihat dan Pengkhianat
Salam,
1. Nasihat menasihati itu sememangnya suatu perkara yang digalakkan samada dari sudut agama mahupun moral. Namun demikian, nasihat yang datangnya daripada penasihat yang jahat dan tidak layak berada pada kedudukan sebagai penasihat wajar dijauhkan. Penasihat yang ada pada ketika ini dilihat kebanyakannya berada pada kedudukan sebagai pengkhianat berbanding sebagai penasihat. Mengkhianati rakyat dengan memberi idea-idea jahat untuk mengekalkan kuasa walaupun ianya tidak mendatangkan kebaikan samada di pihak yang berkuasa mahupun rakyat. Mereka tidak menasihati yang berkuasa agar menunaikan amanah dengan jujur dan ikhlas kepada rakyat. Sebaliknya mereka hanya mencari helah dan idea bagaimana untuk terus dapat bergantung di bawah payung kekuasaan agar mereka terus mendapat peluang membuncitkan perut dan kantung. Nasib rakyat yang tersepit antara kesengsaraan hidup dan kantung yang mengempis hanyalah dilihat sebagai lumrah kehidupan yang bergelar rakyat biasa.Malah ianya dianggap itulah harga yang perlu dibayar sebagai rakyat kepada pemerintah.
2. Penasihat yang ada ketika ini seolah-olah menjadi dalang yang menasihati suami isteri bermasalah dengan dinasihatkan agar menggunakan khidmat bomoh untuk meletakkan 'nasi kangkang' agar si suami tunduk mendengar kata-kata si isteri walaupun ianya menangkul dosa yang tidak tertanggung besarnya. 'Mandrem' diutamakan dan janji dengan 'penasihat' perlu ditepati. Seharusnya, si isteri dinasihati agar taat kepada suami berdasarkan hukum agama. Namun apa yang berlaku adalah, kaedah kufur dan syirik digunakan sehingga bagi mereka 'matlamat lah yang menghalalkan cara' dan halal haram biar saja iblis yang berurusan dengan malaikat.
3. Oleh kerana itu, dalam satu majlis besar satu ketika dulu, seorang mufti pernah membaca doa agar pemimpin-pemimpin dijauhkan dari penasihat-penasihat yang jahat. Ramai pemimpin termasuk pemimpin besar hadir tetapi adakah mereka mengambil itu sebagai nasihat ulamak kepada umarak? Atau hanya menjadi halwa telinga untuk tidur sementara menanti majlis selesai? Memang benar kata pendita, seekor unta yang dilahirkan di Tanah Suci Mekah tetaplah unta bukannya ulama' atau penasihat. Seekor keldai walaupun menimbun kitab-kitab suci dan buku-buku terhebat di pundaknya tetaplah keldai. Lembu disarungkan topeng Einstein tetaplah lembu dan tidak akan bertukar menjadi insan yang pintar.
4. Oleh yang demikian, wajar kita sebagai manusia untuk mempelajari bagaimana membezakan antara penasihat, pengkhianat, keldai, unta dan lembu agar tidak terjerumus ke dalam 'telaga buruk' bersama-sama haiwan yang terkenal dengan kedunguan dan juga pengkhianat.

Friday, 29 November 2013
ANJING MENYALAK BUKIT
Salam,
1. Yang dinamakan makhluk itu termasuklah segala isi bumi dan langit tanpa mengira samada yang tampaknya hidup atau mati kerana semuanya hidup dan menjadi hamba kepada Maha Pencipta. Ianya termasuklah anjing dan bukit yang dapat kita berguru pada mereka tanpa hadir di hadapan bersimpuh sambil membawa pulut kuning dan memakai pakaian khas seperti persilatan. Itulah perguruan alam yang datang secara percuma buat yang bijak menggunakan ‘akal’.
2. Peribahasa 'anjing menyalak bukit' didatangkan oleh pendahulu kita yang kaya dengan analogi dan kiasan membawa jutaan tafsir dan yang pasti takkan runtuh bukit itu kerana ia hanya kerja yang sia-sia. Manusia tidak perlu meng'anjing'kan diri dan terpaksa menyalak tanpa mengenal erti salakan dan matlamatnya. Dari alam kita belajar dan jangan dipersiakan hikmah di sebalik kisah anjing menyalak bukit ini.
3. Kisah Edward Snowden (ES) bukanlah sesuatu baru kerana sebelum ini juga beberapa orang ‘mole’ dalam organisasi perisikan telah menelanjangkan banyak ceritera. Jika ada yang terkejut dengan pendedahan oleh beliau, maka itulah sebenarnya pem'bogel'an diri sehingga mendedahkan segala kelemahan yang ada pada kita. Saya amat tertarik dengan nukilan Datuk Kadir Jasin (DKJ) dalam blognya semalam (28/12/13) bertajuk Crying Wolf Over Spying. Menurut DKJ, beliau langsung tidak terperanjat dengan apa yang didedahkan oleh ES kerana menurutnya, adalah menjadi perkara biasa samada negara besar atau kecil mengintip antara satu sama lain. Saya juga walaupun tidak bergelar Datuk dan terkenal memilih sisi yang sama terhadap isu ini. Betapa di kampung dan tempat tinggal kita sejak zaman berzaman sudah berlaku kegiatan pengintipan seperti ini. Dari perkataan ‘mengendap’, mengintai sehinggalah sekarang banyak yang menggunakan perkataan ‘skodeng’ terus menerus berlaku. Yang harus digodam bukanlah kaki skodeng, tetapi salahkan diri yang tidak cukup bersedia dan berhati-hati dalam usaha sekatan terhadap pelaku ‘skodeng’. Jika ki
4. Menjerit
di sana-sini tentang perskodengan hanya menampakkan kejahilan mutlak kerana
ianya sesuatu yang lumrah. Oleh kerana itulah Perdana Menteri Australia Tony Abbott
enggan meminta maaf setelah Australia didakwa menjalankan kegiatan pengintipan
terhadap Indonesia. Kerana dia menganggap menjadi tanggungjawabnya
mempertahankan organisasi perisikan negaranya dari dihina dan dicerca tanpa
pembelaan. Itulah ciri-ciri pemimpin yang diharapkan oleh setiap yang dipimpin.
Bukannya hanya berdondang sayang ketika agensi perisikan negaranya dipuji dan
dilambung tetapi juga mempertahankan mereka ketika ditekan dan dijadikan
sasaran. Ramai di kalangan pemimpin yang hanya berharap untuk mengutip hasil
pujian tetapi akan sama-sama menindas dan menekan orang bawahan ketika berdepan
masalah. Pemimpin jenis apa yang hidup ketika ini?
5. Serigala
jika dibiarkan berdamping dengan kambing apa yang kita harapkan keputusannya?
Apa yang wajar dilakukan adalah menghalang serigala dari mendekati dan membaham
kambing. Jika kita hanya asyik menyalahkan serigala tetapi pada masa yang sama
membiarkan kambing berkeliaran siang dan malam tanpa jagaan sewajarnya, bukan
hanya serigala, serigila dan serigula pun terpikat untuk memangsakan kambing.
6. Kita tidak
memihak kepada Singapura mahupun Australia dan US, tetapi dengan menyalahkan
mereka dalam kegiatan pengintipan bermakna kita seolah-olah tidak arif tentang
dasar pertahanan dan sistem kawalan keselamatan negara-negara terbabit. “Sebusuk-busuk
telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata.” Jangan sampai satu ketika kita
tergolek, yang dianggap musuh pula kita sembah. Singapura sudah sememangnya
diketahui umum menggunakan khidmat nasihat dan doktrin pertahanan Israel serta
berbagai kemudahan pertahanan Amerika Kecil dan Amerika Besar sehingga digelar
sebagai Israel Asia Tenggara. Apakah kita hanya perlu mendepang tangan berdoa
agar kita bernasib baik tidak diintip oleh negara jiran ini? Kemahiran
berpolitik selama ini seharusnya banyak menjadi modal menambah kematangan pihak
kita. Seperti kata Mao Tse Tung, “politik adalah perang tanpa darah, manakala
peperangan adalah politik yang berdarah”. Elakkan darah dan jauhkan peperangan.
7. Setiap
negara juga melakukan perkara sama termasuk diri kita sebaik peluang berada di
depan mata. Yang membezakannya hanyalah peluang dan keupayaan. Jika kita tidak
ada peluang maka cipta lah peluang itu dan jika tidak memiliki keupayaan,
binalah keupayaan itu hatta terpaksa menelan ‘pil tongkat ali’ sebotol setiap
kali selepas makan. Kata DKJ “In fact, we are a fool if we don’t do the same.
Every nation spies on its neighbour. The difference is a good spy does not get
caught.”
Wallahualam
~: sani :~
29/11/13 @1740hrs
Tuesday, 26 November 2013
SERIGALA MENJAGA KAMBING
Salam,
1. Alam ini jika direnung dan diperhatikan isi kandungnya, pelbagai makhluk termasuk haiwan dicipta oleh Maha Pencipta sesuai dengan fitrah masing-masing. Ada yang dicipta sebagai pemangsa dan ada pula menjadi mangsa. Fitrah penciptaan mereka tidaklah menjadikan ia sebagai ketidakadilan Ilahi melainkan hikmah yg terkandung didalamnya jutaan pengajaran dan ilmu sehingga tak terjangkau dek fikiran manusia walau segenius mana sekali manusia itu. Namun, itu tidak bererti mangsa harus dibiarkan tanpa perlindungan daripada diratah dengan mudah oleh pemangsa. Sama seperti fitrah perogol tidak boleh dibiarkan merogol sesuka hati atas alasan 'Hak Asasi Manusia' (HAM). Sekiranya pemangsa berada di hadapan mangsa dan bersiap-siaga menerkam dan membaham mangsa, apakah kita hanya perlu berdiam diri memeluk tubuh melihat kengerian mangsa dirobek-robek oleh pemangsa bermain di mata kita?
2. Di dalam kehidupan kita hari ini, yang kuat menjadikan 'hukum rimba' sebagai peraturan sehingga yang lemah hidup ketakutan, dilingkungi kebimbangan tanpa pembelaan kerana kekuatan sebenar ketika ini adalah wang, harta, pangkat, jawatan dan kuasa. Yang berkuasa walaupun melepaskan angin berbau bangkai tetaplah disanjung terkinja-kinja oleh para penyokong dan pengkagum atas nama membela bangsa, agama dan tanahair. Hidung tersumbat, mata telah menjadi buta dan telinga semena-mena menjadi tuli berpunca daripada ketaksuban dan lelehan habuan yang dinanti-nanti untuk dijilat.
3. Marhaen atau di tanah seberang dipanggil 'wong cilik' tidak tahu arah mana harus dituju kerana apa saja masalah yang muncul dalam kehidupan mereka dianggap tidak membebankan sedangkan setiap kali ianya dirujuk, maka padang bola seluas lautan ditendang ke sana sini. No Wrong Door Policy hanyalah kata-kata manis atau di Thailand di sebut Park Wan bermasud cakap manis sahaja. Apa yang berlaku ini sebenarnya menyerupai analogi membiarkan serigala menjaga kambing. Habis sekandang diterkam lagi kandang yang lain. Sampai bila keadaan ini harus dibiarkan. Retorik sudah buncit ditelan rakyat sehingga seakan-akan busung yang begitu sakit semakin lama disimpan. Apakah wajar dibiarkan serigala menjaga kambing sepertimana manusia-manusia rakus membaham manusia lain? Lihat saja operator-operator perkhidmatan telekomunikasi, syarikat-syarikat gergasi utiliti seperti pembekal elektrik, TV swasta Astro dan seluruh perkhimatan dan barangan bersifat monopoli yang membaham rakyat sehingga rapat ke dinding. Di manakah kebertanggungjawaban pihak berkuasa samada kementerian ataupun individu yg pecah anak tekak menjerit menjadi pembela rakyat?
4. Hadirlah wahai manusia-manusia yang diamanahkan rakyat untuk membela mereka. Tugas membela rakyat bukanlah sesuatu yang hadir bermusim. Teguran dan kritikan rakyat jadikan sebagai asas 'transformasi' dan tradisi membela rakyat. Jangan pula setiap kali teguran dan kritikan dihantar, peluru berpandu pula yang dibalas. Rasa sedih diluahkan, sebaliknya maki hamun yang diterima. Kuasa yang ada dan keistimewaan yang dibahukan itu adalah amanah Allah swt. Jangan hanya berbelit-belit lidah menghafal hadis dan surah-surah kitab suci al-Quran untuk berhujah dengan musuh-musuh politik tetapi di belakang mereka penuh dengan serigala jadian yang menanti peluang membaham rakyat.

Subscribe to:
Comments (Atom)