Seringkali manusia memilih untuk mencari jalan pintas tidak kira apa saja yang didepani. Yang penting mudah dan memberi laba. Salah satu kaedah yang dipermudah adalah dedah dan dedah supaya musuh mereka diludah. Hormat menghormati ada kaedah tapi nampaknya dah tak sudah-sudah. Jika tunduk hormat aku disalahfahami sebagai lemah dan mudah dimamah, maka tindakbalas yang perlu adalah kaki di atas sesuatu yang pantas dan tunduk tidak lagi menetas.
Melakukan perkara betul di tempat yang salah maka ia menjadi salah. Pengamal homoseks di bumi penggila amalan seks songsang ini adalah manusia yang sempurna berbanding yang tidak. Ketagihan melakukan sesuatu yang benar dan terhormat di tempat salah juga akan menerima padah diludah dan direndah-rendah. Apa lagi yang perlu dibedah untuk melihat sesuatu yang indah?
Tiap sesuatu ada penyudah dan aku memilih untuk buat tak endah... Kata kumpulan muzik Nirwana, "Cukup-Cukup Sudah".
Wallahualam
~: sani :~
No comments:
Post a Comment